SEJARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) atau dalam bahasa inggerris Industrial Revolution adalah penggunaan sistem fizikal siber (CPS) di mana melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini. Keperluan industri melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dengan negara maju yang lain. Banyak kelebihan telah dirasai dengan kewujudan teknologi ini antaranya menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti disamping meminimakan kesalahan yang sering dilakukan oleh manusia. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia. Industri 4.0 adalah nama yang diberikan kepada trend automasi dan pertukaran data semasa dalam teknologi pembuatan. Sehubungan itu, Industri 4.0 mencakupi sembilan (9) penemuan pelbagai teknologi baharu seperti Internet of Things (IoT), analisis dan big data, pengkomputeran awan, keselamatan siber, integrasi sistem, robotik, automasi, simulasi, realiti tambahan, pembuatan bahan tambahan (additive manufacturing) dan simulas yang bakal merancakkan kemajuan landskap arus dunia serba moden dan canggih.
3 TEKNOLOGI BARU DALAM IR 4.0
Internet of thing (I.O.T)
DEFINISI
FUNGSI
Teknologi ini berkomunikasi antara mesin dan pengguna menggunakan Internet ke peralatan seperti telefon bimbit dan komponen sehari-hari yang berfungsi membolehkan maklum balas hasil segera secara masa nyata. Internet of Things merujuk kepada sistem peranti, mesin dan manusia yang saling berkaitan yang mempunyai pengecam unik (UID) dan keupayaan untuk menghantar data melalui rangkaian tanpa memerlukan campur tangan manusia. Ini boleh termasuk perkara seperti orang yang mempunyai implan pemantau jantung, haiwan ternakan dengan transponder biocip, kereta dengan penderia (caution sensor) terbina dalam untuk memberi amaran kepada pemandu, dan juga objek seperti perabot yang boleh diberikan alamat IP dan boleh menghantar data melalui rangkaian. Ia dapat menjimatkan sumber seperti masa dan wang, serta ia juga membantu dalam mengurangkan masa pengeluaran dan pengurusan risiko. Rujuk gambaran di rajah 1.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Dunia hari ini bergantung pada data dan maklumat yang bergerak dengan pantas tanpa kawalan manusia sepenuhnya dari satu tempat ke tempat lain. Ini boleh dilakukan melalui komputer dan telefon mudah alih, tetapi kini data juga boleh bergerak antara mesin. Namun begitu kebaikan secara umumnya dunia semakin hari semakin canggih dan kebanyakan kerja-kerja yang sering dilakukan manusia boleh diwakili atau digantikan dengan internet dan automasi robot dalam keadaan jarak jauh dan tiada sempadan jarak. Kemunculan 4IR dianggarkan meningkatkan produktiviti sebanyak 30% merentas semua sektor menjelang tahun 2030. Sumbangan ini akan memastikan Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada masa hadapan, selain menambah bilangan pekerja mahir dan menghasilkan produk nilai tambah yang lebih tinggi.
Konsep Revolusi Perindustrian Keempat dicipta pada 2016 oleh Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia, dalam buku dengan nama yang sama. "Revolusi Perindustrian Keempat mewujudkan dunia di mana sistem pembuatan maya dan fizikal bekerjasama antara satu sama lain dengan cara yang fleksibel di peringkat global".
Dalam kebaikan kecanggihan teknologi ini dalam mengikuti arus perdana, terdapat juga keburukan sedikit sebanyak mula menggangu normalisasi kehidupan manusia khususnya pekerja golongan sederhana dan bawah yang umum ketahui memerlukan gaji untuk kelangsungan hidup seterusnya menyumbang kepada kadar peningkatan pengangguran yang tinggi , Pekerja semakin hilang pekerjaan terutama di sektor-sektor industry pembuatan dan pengilangan. Tiada keperluan untuk mengambil dan menggajikan pekerja mahir lagi kerana kerja-kerja yang tersebut telah digantikan dengan teknologi.
VIDEO PENERANGAN
SEKURITI SIBER (CYBER SECURITY)
DEFINISI
FUNGSI
- Perisian anti-virus / anti-malware
- Patch perisian
- Firewall (Tembok kawal jaringan)
- Pengesahan dua faktor (Double step verification)
- Penyulitan (Enkrip)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
VIDEO PENERANGAN
PENGKOMPUTERAN AWAN ( CLOUD COMPUTING)
DEFINISI
FUNGSI
CABARAN
Selalunya dikatakan bahawa revolusi memerlukan cabaran besar untuk diatasi untuk berjaya. Dunia telah menyaksikan tiga revolusi sedemikian pada masa lalu. revolusi perindustrian, pengilangan dan digital dan menghadapi pelbagai cabaran hari ini untuk memastikan revolusi semasa dan revolusi digital berjaya. Sebagai contoh, kita perlu memastikan bahawa teknologi baharu itu boleh diakses oleh seramai mungkin orang, dan manfaatnya dilihat dan dihargai secara meluas. Kita juga perlu memastikan bahawa ekonomi baharu adalah adil dan saksama, dan kepentingan semua pemegang kepentingannya diambil kira. Dan akhirnya, kita perlu membina infrastruktur sosial yang kukuh untuk menyokong cara hidup baharu. Semua cabaran ini perlu jika kita mahu melihat revolusi digital berkembang dan berterusan. Ini lah nilai bagi sesebuah teknologi. Kebiasaan sektor mempunyai permasalahan yang berbezaan. Contoh
- SEKTOR SWASTA
Kekurangan Tenaga Mahir
Industri 4.0 masih diperingkat ujikaji dan penyesuaian sebagai penyelesaian yang berpotensi kepada masalah yang dihadapi oleh negara membangun. Walaupun beberapa negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland telah pun mengamalkan revolusi ini, sejauh mana kejayaannya di negara-negara tersebut turut masih dikaji. Kedua-dua China dan India menghadapi cabaran besar dalam peralihan kepada Industri 4.0. Ekonomi China dan India sebahagian besarnya berasaskan mengeksploitasi tenaga buruh yang murah, tetapi dengan kemunculan Industri 4.0, mereka akan terpaksa beralih kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan inovatif. Ini akan menjejaskan kos buruh sedia ada. Walaubagaimanapun perkara tersebut turut dirasai oleh negara kita demi mewujudkan daya saing dalam konteks pertumbuhan ekonomi.
Ancaman Keselamatan Siber
Ancaman siber secara tidak langsung boleh menyebabkan kehilangan kawalan data dan privasi untuk individu atau syarikat, serta perkongsian dan penjejakan maklumat peribadi. (Morrar, Arman & Mousa, 2017). Pengenalan Internet of Things (IoT) akan mewujudkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian, termasuk ancaman penggodam dan penjenayah siber. Ini kerana peranti IoT bersambung antara satu sama lain dan ke Internet, menjadikannya sasaran yang lebih mudah untuk penggodam.
Penyelarasan sistem pengoperasian
Dalam pengurusan sumber manusia, ia boleh mengambil banyak masa dan wang untuk melatih atau mengupah pekerja yang terkini tentang teknologi baharu, yang boleh menjejaskan kakitangan junior yang bimbang tentang status keselamatan/ nasib pekerjaan mereka. Revolusi Perindustrian 4.0 ialah perubahan besar bagi rantaian bekalan syarikat, kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan proses di mana produk dicipta berdasarkan keperluan pelanggan dan dihantar serta-merta. Ini adalah satu cabaran bagi syarikat, kerana mereka tidak biasa bekerja dalam dunia digital.
- SEKTOR KERAJAAN
- SEKTOR KERAJAAN
Inovasi dalam Sistem Pendidikan
Sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P) mestilah lebih inovatif untuk memenuhi keperluan revolusi digital, dan inovasi ini harus dibina dalam kaedah pembelajaran "tradisional". Ini akan membantu pelajar berjaya sambil melatih minda mereka, yang akan menjadikan mereka lebih bersedia untuk persaingan profesional dan kehidupan masa depan ke arah pendigitalan. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan membina kemahiran pengekodan dalam kalangan pelajar melalui program Coding@Schools. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program ini termasuklah penggunaan bahasa pengatar, kaedah pelaksanaan, keperluan tenaga pengajar dan peningkatan jurang antara bandar dan luar bandar (Maisarah, 2017).
Kos Dan Masa
Penggunaan infrastruktur berteknologi tinggi dalam dasar ini membantu mengurangkan masa pengeluaran dan kos kenderaan serta melengkapkan kitaran pengeluaran yang mampan dalam industri automotif. Namun kos dan masa bagi menyediakan infrastruktur sokongan, akses kepada model latihan dan kerjasama dengan pusat penyelidikan, universiti dan organisasi antarabangsa.
Kesediaan Graduan Berinovasi dan Berkemahiran Tinggi
Revolusi Industri 4.0 ialah masa perubahan besar, termasuk kemajuan dalam pengkomputeran dan pembelajaran mesin, serta cara pengajaran dan pembelajaran baharu. Revolusi ini akan membolehkan model pendidikan baharu yang memfokuskan pada pendigitalan. Tetapi sejauh manakah graduan kita dapat mengoptimakan teknologi ini ke arah pembangunan dan pulangan kepada negara ke peringkat antarabangsa. Atau ianya sekadar ilmu tambah yang hanya di peringkat individu akibat kurangnya kekreatifan cara graduan berfikir.
Kesimpulan
v Kedatangan Revolusi Perindustrian 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa had akan memberi impak besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Daripada manual penjanaan wap hingga kemunculan internet dan komputer, taraf hidup kebanyakan orang di seluruh dunia telah bertambah baik dari semasa ke semasa.
v Industri 4.0 adalah jenis teknologi baharu yang lebih fleksibel dan maju daripada teknologi sebelumnya. Ini boleh membawa kepada perubahan yang lebih sistematik dalam masyarakat daripada tiga revolusi sebelumnya.
v Untuk memanfaatkan sepenuhnya pembangunan ekonomi berdasarkan Revolusi Perindustrian 4.0, pelan perancangan yang seimbang dan komprehensif mesti dibangunkan oleh semua pihak berkepentingan, termasuk penggubal dasar negara. Pelan ini mesti mengambil kira bagaimana teknologi berubah dan bagaimana ini akan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan



No comments:
Post a Comment